بسم الله الرحمن الرحيم
Sebelum
dihuraikan degan maksud tabarruj, perlu kita mengetahui akan syarat-syarat menutup aurat, bukan hanya sekadar
memekai tudung, pakai baju tutup dari atas ke bawah tetapi kita perlu mengambil
tahu secara terperinci:
SYARAT-SYARAT
MENUTUP AURAT
1-
Menutup aurat (lelaki & perempuan)
2-
Tidak menampakkan warna kulit (tidak jarang)
3-
Tidak menampakkan bentuk tubuh (ketat)
Apa yang kita
tahu, aurat seorang wanita adalah semuanya melainkan muka dan tapak tangan. Ayuh
kita lihat dahulu secara terperinci tentang penutupan aurat ini….
Aurat
wanita dengan lelaki ajnabi
Seluruh tubuh
kecuali muka dan tapak tangan.
Aurat
wanita dengan wanita muslim
Antara pusat
hingga ke lutut, namun bukan syarat untuk dididahkan secara sengaja.
Aurat
wanita dengan wanita bukan Islam
Sama aurat
dengan ajnabi tetapi terhadap perkara yang dirukhsahkan sahaja 9diringankan)
seperti tinggal di asrama.
Sekarang,
kita lihat pula apa yang dimaksudkan dengan tabarruj itu.
Anda
tahu apa itu TABARRUJ??
Contohnya:
*Memakai make-up
di
muka.* Perhiasan
di jari tangan atau kaki. *Perhiasan di kaki (gelang kaki). *Fesyen
yang
terlalu menarik perhatian (busana Muslimah)
Kesemua
contoh ini jika tidak menjadi kebiasaan di kawasan di mana seseorang wanita itu
tinggal dan menjadikan perhiasan ini sebagai menarik perhatian, maka dipanggil tabarruj.
Firman
Allah Taala:
Bismillahirrahmaanirrahiim
“Wahai
Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan
isteri-isteri orang mukmin supaya mereka mengenakan jilbab ke seluruh badannya,
yang demikian itu supaya lebih mudah untuk dikenal; kerana itu mereka tidak
diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
( Surah Al-Ahzab: 59)
Firman
Allah Taala:
Bismillahirrahmaanirrahiim
“Katakanlah
kepada wanita beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara
kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa
kelihatan padanya, dan hendaklah mereka melepaskan kain tudung ke dadanya dan
janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka.”
(An-Nur
: 31)
Ayat-ayat Allah di atas
adalah garis panduan bagi semua muslimat untuk menutup aurat.
Mari kita
lihat situasi di bawah ini:
* Jika berjalan, kedengaran bunyi
gelang kakinya sehingga
menarik perhatian orang lain walaupun kakinya tertutup. Ini
dianggap tabarruj
dan ini adalah dilarang.
* Jika seseorang wanita itu memakai sehelai
tudung ( fesyen
terkini: tudung Syria sanggul tinggi, shawl berwarna-warni) dan pemakaiannya
telah menarik perhatian orang lain, maka ini dianggap tabarruj dan ini
adalah dilarang
walaupun rambutnya terlindung.
* Jika seorang wanita itu memakai
jubbah
atau baju kurung
yang mempunyai perhiasan di bahagian dada yang boleh
menarik perhatian, maka ini adalah tabarruj dan ini
adalah dilarang
walaupun jubah atau seumpama dengannya adalah dituntut di dalam Islam.
Kesimpulannya,
walaupun kita sudah menutup aurat dengan sempurna
tetapi
menarik perhatian orang lain, ini sudah
dikira bertabarruj apatah lagi jika pemakaiannya berjubah tetapi
ketat di bahagian pinggang, berjubah labuh tetapi jarang, bertudung tetapi
sanggul pulak tinggi.
“Menutup auratlah dengan sempurna.”
P/s:
“Saya sayang anda
semua sebab itu saya memberitahu semua ini, mungkin ada ilmu yang kita tidak
tahu. Diri ini juga banyak kelemahan dan masih dalam proses membaiki diri.
Wallahu’Alam.”
Sumber:
LAJNAH HELWANIS PERISYA 2013
Editor:
LAJNAH PUBLISITI & PENERANGAN PERISYA 2013