Kalimah Syahadah : Landasan Perubahan
بسم الله الرحمن الرحيم
عن
ابن عمر أن رسول الله (ص) قال : اللهم أعز الإسلام
بأحب
هذين الرجلين إليك بأبي جهل أو بعمر بن الخطاب،
قال
: وكان أحبهما إليه عمر
(الترمذي)
Menurut Ibn Umar r.a, Rasulullah SAW
pernah berdoa,
“ Wahai Allah, berilah kekuatan kepada
Islam dengan (pengislaman) seorang yang paling Engkau kasihi antara dua orang
lelaki ini, sama ada Abu Jahal atau Umar Al-Khattab.” Baginda berkata, “Yang
paling dikasihi oleh Allah antara keduanya ialah Umar.”
Siapa yang tidak kenal Saidina Umar Al-Khattab? Beliau merupakan salah seorang
sahabat yang pernah melukis sejarah Islam dengan dakwat emas. Sejarah yang
hitam telah berubah menjadi sejarah yang putih. Kalimah syahadah telah mengubah
perjalanan hidup beliau. Setelah bersyahadah di depan Rsulullah SAW, Saidina
Umar Al-Khattab telah berhijrah daripada cara hidup jahiliah.
Di zaman JAHILIAH, beliau :
* Merupakan musuh ketat yang paling hebat menentang Islam, namun setelah mengucap kalimah syahadah, beliau berubah menjadi pembela Islam hingga ke akhir hayatnya.
* Begitu membenci Rasulullah SAW sehingga pernah berhasrat untuk membunuh baginda, namun setelah mengucap kalimah syahadah, beliau mencintai Rasulullah SAW sehinggakan beliau tidak dapat menerima hakikat kewafatan Rasulullah SAW.
* Membenci suara orang yang membaca al-Quran, namun setelah mengucap kalimah syahadah, beliau merupakan orang yang pertama memikirkan pengumpulan dan penulisan al-Quran di dalam satu mashaf.
* Pernah membunuh anak perempuannya dan selalu mabuk, namun setelah mengucapkan kalimah syahadah, beliau berubah menjadi seorang yang berperibadi mulia yang digelar sebagai al-Faruq (seorang yang mampu membezakan antara yang benar dan salah) & Abu Hafs (bapa singa) kerana sifatnya yang gagah berani.
-
Sejurus selepas mengucap syahadah, keberanian menentang Islam telah bertukar
menjadi keberanian membela Islam.
Ucapan Kalimah Syahadah
Ucapan kalimah syahadah telah mengubah watak seorang penentang Islam kepada
watak seorang pejuang Islam. Ajaib sungguh kalimah syahadah! Ia boleh
menyebabkan perubahan yang besar. Apakah yang terkandung di dalam kalimah
tersebut? Kalimah syahadah hanya terdiri daripada beberapa perkataan sahaja.
Kita tidak mengambil masa yang panjang untuk mengucapkannya. Tidak sampai satu
minit, kita sudah selesai mengucapkannya. Bolehkah ucapan yang begitu ringkas
menyebabkan perubahan yang begitu besar pada diri Saidina Umar? Bolehkah ucapan
yang kelihatan remeh membawa perubahan yang begitu besar dan ketara bagaikan
peralihan malam dan siang?
Dalam pandangan Islam, kalimah syahadah bukanlah sekadar ucapan kosong tanpa
roh, tanpa isi dan tanpa pengertian. Sayyid
Abu Al-A’la Al Maududi di dalam bukunya yang berjudul The Fundamentals of Islam dan Let Us Be Muslims telah menjelaskan pengertian kalimah syahadah
secara terperinci. Beliau menegaskan bahawa bagi Islam, yang utama adalah
makna kalimah syahadah itu sendiri. Kalimah ini dianggap tidak memberi apa-apa
kesan langsung jika pengertiannya tidak bersemadi dalam hati kita dan ia tidak
dapat membawa perubahan pada pemikiran, akhlak dan tindakan-tindakan kita.
*Sebagai contoh: Ketika kita sedang menderita kesejukan. Bolehkah kesejukan itu hilang dengan hanya berkata, “Baju sejuk, baju sejuk.” Biar berjuta kali pun kita sebut perkataan tadi, kesejukan tetap tidak akan hilang. Kesejukan tadi hanya akan hilang jika kita berusaha menyediakan sehelai baju sejuk dan memakainya.
Syahadah,
Sungguh besar
pengertiannya,
Sungguh Agung
pemahamannya,
Merubah kafir kepada Muslim,
Merubah kekotoran kepada kesucian,
Merubah kebencian kepada kasih sayang,
Merubah azab siksa kepada nikmat syurga.
Betapa besarnya
pengertiannya,
Betapa pentingnya janji
yang dilafazkan di hadapan Allah SWT,
Bagi orang-orang yang
benar-benar memahaminya..
Amat rugi bagi sesiapa
yang mengingkarinya...
~Laa ilaha illallah
Muhammadur Rasulullah~
Sumber:
LAJNAH
DAKWAH
& MODAL INSAN PERISYA 2013
Editor:
LAJNAH PUBLISITI & PENERANGAN PERISYA
2013
0 comments: