Pelamin Anganku Musnah
بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, program ini berjaya dilaksanakan pada tarikh 23 November 2013, jam 8.30 malam yang bertempat di Auditorium, Bangunan Akademik UniSZA. pada jam 8.30 malam, dewan Auditorium didapati telah dipenuhi ruang oleh para hadirin daripada mahasiswa/wi UniSZA yang bersungguh-sungguh untuk menadah ilmu pada malam itu, alhamdulillah. Semoga kalian mendapat rahmat dari Allah.
Program ini dimulakan dengan ucapan kata aluan pengerusi Majlis pada jam 9.15malam, Saudara Mizan daripada Pendebat UnisZA dan bacaan doa daripada Saudara Naimuddin yang merupakan pelajar daripada ISM Syariah Sem 5. Terima kasih kami ucapkan kepada kedua-duanya atas kesudian memenuhi jemputan kami.
(kehadiran Ustaz Faizol sebagai Tetamu Jemputan Khas)
Syukur Alhamdulillah, banyak ilmu yang kita perolehi daripada setiap ungkapan dan kata2 daripada ahli-ahli panel kita dan juga moderator kepada semua hadirin berkenaan persiapan kita untuk menempuh alam pernikahan.
Antara nasihat yang diberikan ialah "Hindarilah berbuat maksiat sebelum pernikahan, supaya Allah memberi keredhaan kepada kita kerana kita hidup ini adalah untuk mendapat redha Allah di akhirat kelak" -Dr. Nadhirah- dan banyak lagi.
Dr. Berhanundin banyak berkongsi cerita daripada setiap pengalaman yang beliau sendiri telah lalui. Sememangnya ahli-ahli Panel kita mempunyai ilmu dan hujah yang dapat diambil ikhtibar oleh hadirin. Alhamdulillah.
Akhirnya program ini tamat dengan sesi soal jawab dan sesi penyampaian cenderahati. Alhamdulillah.
sekalung penghargaan kami ucapkan kepada jemputan dan hadirin yang telah memeriahkan majlis. JAZAKUMULLAH KHEIRAN KATHIRA.
0 comments: