Pengesahan Pendaftaran Kursus
Kepada Semua Ahli-Ahli Perisya Diingatkan Bahawa Tarikh-Tarikh Pendaftaran Kursus Adalah Seperti Berikut Sepertimana Yang Dinyatakan Di Laman Portal Pelajar (http://www.sentral.unisza.edu.my/)
Perhatian Kepada Semua Pelajar DIPLOMA
Adalah dimaklumkan bahawa pendaftaran kursus secara on-line bagi Semester 2 Sesi 2012/2013 yang dibuka pada 11 November 2012 ( Ahad) akan berakhir pada 29 November 2012 (Khamis).
Justeru sukacita diingatkan sekali lagi tarikh-tarikh penting berkaitan dengan pendaftaran kursus untuk makluman dan tindakan semua pelajar DIPLOMA.
Ø Tempoh pendaftaran kursus secara on-line 11 – 29 November 2012
§ ( Sehingga M2)
Ø Penambahan/pengguguran kursus secara online 11 – 29 November 2012
§ ( sehingga M2)
Ø Minggu pengesahan dan penyerahan Slip Pengesahan 9 – 13 Disember 2012 ( M4)
Daftar Kursus ke Bahagian Pengurusan Akademik (BPA)
Pencetakan Daftar Kursus (Selepas mendaftar Minggu pertama & Kedua)
- Semua pelajar yang telah berjaya mendaftar kursus diwajibkan mencetak daftar kursus tersebut sebagai bukti bahawa pendaftaran kursus secara on-line telah dibuat dalam tempoh yang telah ditetapkan bagi mengelak dikenakan denda.
Pengesahan Daftar Kursus (Minggu Keempat)
- Pelajar diwajibkan mencetak Slip Pengesahan Daftar Kursus pada minggu keempat perkuliahan dan mendapatkan perakuan dan pengesahan daripada Penasihat Akademik dan Ketua Jabatan/Penyelaras Program masing-masing.
- Semua slip pengesahan tersebut hendaklah dikemukakan ke BPA (melalui fakulti masing-masing) selewat-lewatnya hari terakhir bekerja minggu tersebut (minggu keempat).
Sekian, harap diambil perhatian oleh semua pelajar DIPLOMA.
Bahagian Pengurusan Akademik
UniSZA
0 comments: