I'm Superwomen
Assalamualaikum...
Program ini merupakan satu program anjuran Lajnah HELWANIS Perisya yang berobjektifkan melahirkan mahasiswi yang bukan sahaja hebat dari aspek luaran malah dalaman juga iaitu berjiwa kental dengan mengharapkan satu tujuan iaitu ke arah keredhaan dan kecintaan Allah.
Program ini merupakan program pertama yang dianjurkan bagi pimpinan Perisya 2012. Program yang berteraskan muslimah ini amat mendapat sokongan daripada mahasiswi di Unisza daripada semua bidang. Terima kasih atas sokongan dan galakan yang diberikan.
Tidak dilupakan kepada ahli panel yang dijemput khas daripada Jabatan Syariah sendiri iaitu Ustazah Siti Khatijah Binti Ismail dan jemputan luar daripada Dental Officer HSNZ, Dr. Nik Solehah Mujahidah bt Nik Mohd Nor. Perbincangan yang agak santai sangat menghiburkan para pendengar dan banyak manfaat yang diberikan.
Antara isi yang disampaikan oleh ahli panel ialah:
1) Nasihat untuk menjadi Muslimah yang berjaya bukan sahaja di dunia malah lebih berjaya di Akhirat.
2) Jadilah Muslimah yang sentiasa berani dan kuat dalam menghadapi ujian di muka Bumi ini.
3) Sentiasalah memohon pertolongan kepada Allah atas segala permasalahan yang timbul.
4) Menjaga segala yang disyariatkan kepada umat Islam untuk lebih disukai Allah.
5) Jadilah Muslimah yang berani dan kuat dalam mengejar Impian dengan rasa rendah diri kepada Allah.
6) dll.
*Banyak lagi yang dikongsikan dalan program ini. InsyaAllah, jika tiada halangan akan dilaksanakan lagi program seperti ini yang mungkin dengan cara yang berbeza.
~InsyaAllah~
0 comments: