-->

.:: PERISYA UniSZA ::.

  • Utama
  • Portfolio
    • Dasar
    • Moto
    • Misi
    • Visi
  • Organisasi
    • 2011
    • 2012
    • 2013
  • Program
    • Syariah Talk
    • Haflatul 'Asya'
    • Sukan
  • Tautan
    • UniSZA
    • FKI
    • Blog
    • Facebook
  • Hubungi
  • Help
  • dribbble
  • twitter
  • facebook
  • google
  • linkedin
  • stumble
  • rss
  • SALAM MAAL HIJRAH 1435

    Jangan Lupa Baca Doa Akhir Tahun dan Awal tahun..semoga Allah sentiasa memelihara hati kita semua..

  • "7 TIPS MUMTAZ"

    Setiap Kejayaan Pasti Bermula dengan Kegagalan

  • Syariah Talk: "Pelamin Anganku Musnah"

    " Pelamin Angan Ku Musnah" ..Alhamdulillah, berjaya sudah Syariah Talk ini diadakan. Semoga nasihat-nasihat yang baik menjadi ingatan kepada kita semua sebelum dan semasa alam perkahwinan kelak..

  • Wajah-wajah Kepimpinan PERISYA 2013

    Setiap Manusia itu adalah Pemimpin

Let Improve Our Reward: Ramadhan Is Not A Thing


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Alhamdulillah..Syariah Talk "Let Impove Our Reward" yang telah berlangsung pada tanggal 19 Julai 2012 iaitu pada hari Khamis malam. Program ini telah berlangsung di Dewan Kuliah Utama (DKU), UniSZA. Program yang didasari dengan Ilmiah ini sangat memberi manfaat dan di meriahkan lagi dengan kehadiran kumpulan Nasyid Newz Harmoniez.





Tambahan lagi, dengan kehadiran ahli panel yang sangat berpengalaman iaitu Prf. madya Dr. Baharrudin bin Zainal, Ustaz Anas Bin Mohd Yusuf....




Pelamin Anganku Musnah


بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi atas kudratNya dan izinNya Persatuan Mahasiswa Pentadbiran Islam & Syariah (PERISYA) berjaya menganjurkan Program Syariah Talk yang bertajuk "Pelamin Anganku MUSNAH". Dengan berkat kesabaran dan kebergantungan kepada Allah atas pelbagai ujian dan rintangan yang dilalui dan dihadapi oleh ahli-ahli Jawatankuasa, akhirnya program ini terlaksana dengan pertolongan Allah. Sebaik-baik perancang itu adalah Allah.



Program Syariah Talk yang bertajuk Pelamin Anganku Musnah ini dianjurkan oleh Exco Akademik PERISYA yang diketuai oleh Saudara Muhammad Rafsanjani Bin Abu Yazid dan Saudari Mashitoh Binti Mohd Hashim dan jawatankuasanya daripada semua MT dan EXco2 PERISYA yang bertungkus-lumus menjayakan program ini. Tidak juga kepada pihak-pihak atasan iaitu daripada FKI, MPP dan HEPA UniSZA.

Alhamdulillah,  program ini berjaya dilaksanakan pada tarikh 23 November 2013, jam 8.30 malam yang bertempat di Auditorium, Bangunan Akademik UniSZA. pada jam 8.30 malam, dewan Auditorium didapati telah dipenuhi ruang oleh para hadirin daripada mahasiswa/wi UniSZA yang bersungguh-sungguh untuk menadah ilmu pada malam itu, alhamdulillah. Semoga kalian mendapat rahmat dari Allah.



Program ini dimulakan dengan ucapan kata aluan pengerusi Majlis pada jam 9.15malam, Saudara Mizan daripada Pendebat UnisZA dan bacaan doa daripada Saudara Naimuddin yang merupakan pelajar daripada ISM Syariah Sem 5. Terima kasih kami ucapkan kepada kedua-duanya atas kesudian memenuhi jemputan kami.


(kehadiran Ustaz Faizol sebagai Tetamu Jemputan Khas)

Setelah ucapan dan bacaan doa, Forum "Pelamin Anganku Musnah" dimulakan dengan ditampilkan 2 orang ahli Panel yang berpengalaman dan habat dalam menampilkan hujah iaitu Dr Behanundin Bin Abdullah sebagai Panel 1 dan Dr. Nadhirah Binti Nordin. Diserikan lagi dengan kehadiran moderator yang sangat banyak diundang tatkala ini iaitu Saudara Azam Adam daripada ISM Usuluddin Sem 5.


Syukur Alhamdulillah, banyak ilmu yang kita perolehi daripada setiap ungkapan dan kata2 daripada ahli-ahli panel kita dan juga moderator kepada semua hadirin berkenaan persiapan kita untuk menempuh alam pernikahan.

Antara nasihat yang diberikan ialah "Hindarilah berbuat maksiat sebelum pernikahan, supaya Allah memberi keredhaan kepada kita kerana kita hidup ini adalah untuk mendapat redha Allah di akhirat kelak" -Dr. Nadhirah- dan banyak lagi.



Dr. Berhanundin banyak berkongsi cerita daripada setiap pengalaman yang beliau sendiri telah lalui. Sememangnya ahli-ahli Panel kita mempunyai ilmu dan hujah yang dapat diambil ikhtibar oleh hadirin. Alhamdulillah.

Akhirnya program ini tamat dengan sesi soal jawab dan sesi penyampaian cenderahati. Alhamdulillah.
sekalung penghargaan kami ucapkan kepada jemputan dan hadirin yang telah memeriahkan majlis. 

JAZAKUMULLAH KHEIRAN KATHIRA.

 





Tabarruj Dosa Yang Dianggap Biasa


بسم الله الرحمن الرحيم

Sebelum dihuraikan degan maksud tabarruj, perlu kita mengetahui akan syarat-syarat menutup aurat, bukan hanya sekadar memekai tudung, pakai baju tutup dari atas ke bawah tetapi kita perlu mengambil tahu secara terperinci:

SYARAT-SYARAT MENUTUP AURAT
1- Menutup aurat (lelaki & perempuan)
2- Tidak menampakkan warna kulit (tidak jarang)
3- Tidak menampakkan bentuk tubuh (ketat)

Apa yang kita tahu, aurat seorang wanita adalah semuanya melainkan muka dan tapak tangan. Ayuh kita lihat dahulu secara terperinci tentang penutupan aurat ini….

Aurat wanita dengan lelaki ajnabi
Seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.

Aurat wanita dengan wanita muslim
Antara pusat hingga ke lutut, namun bukan syarat untuk dididahkan secara sengaja.

Aurat wanita dengan wanita bukan Islam
Sama aurat dengan ajnabi tetapi terhadap perkara yang dirukhsahkan sahaja 9diringankan) seperti tinggal di asrama.

Sekarang, kita lihat pula apa yang dimaksudkan dengan tabarruj itu.
Anda tahu apa itu TABARRUJ??




Contohnya:
*Memakai make-up di muka.* Perhiasan di jari tangan atau kaki. *Perhiasan di kaki (gelang kaki). *Fesyen yang terlalu menarik perhatian (busana Muslimah)
Kesemua contoh ini jika tidak menjadi kebiasaan di kawasan di mana seseorang wanita itu tinggal dan menjadikan perhiasan ini sebagai menarik perhatian, maka dipanggil tabarruj.

Firman Allah Taala:
Bismillahirrahmaanirrahiim
“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin supaya mereka mengenakan jilbab ke seluruh badannya, yang demikian itu supaya lebih mudah untuk dikenal; kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
( Surah  Al-Ahzab: 59)

Firman Allah Taala:
Bismillahirrahmaanirrahiim
“Katakanlah kepada wanita beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa kelihatan padanya, dan hendaklah mereka melepaskan kain tudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka.”
(An-Nur : 31)

Ayat-ayat Allah di atas adalah garis panduan bagi semua muslimat untuk menutup aurat.
Mari kita lihat situasi di bawah ini:
* Jika berjalan, kedengaran bunyi gelang kakinya sehingga menarik perhatian orang lain walaupun kakinya tertutup. Ini dianggap tabarruj dan ini adalah dilarang.
* Jika seseorang wanita itu memakai sehelai tudung ( fesyen terkini: tudung Syria sanggul tinggi, shawl berwarna-warni) dan pemakaiannya telah menarik perhatian orang lain, maka ini dianggap tabarruj dan ini adalah dilarang walaupun rambutnya terlindung.
* Jika seorang wanita itu memakai jubbah atau baju kurung yang mempunyai perhiasan di bahagian dada yang boleh menarik perhatian, maka ini adalah tabarruj dan ini adalah dilarang walaupun jubah atau seumpama dengannya adalah dituntut di dalam Islam.

Kesimpulannya, walaupun kita sudah menutup aurat dengan sempurna tetapi menarik perhatian orang lain, ini sudah dikira bertabarruj apatah lagi jika pemakaiannya berjubah tetapi ketat di bahagian pinggang, berjubah labuh tetapi jarang, bertudung tetapi sanggul pulak tinggi.

“Menutup auratlah dengan sempurna.”

P/s:
“Saya sayang anda semua sebab itu saya memberitahu semua ini, mungkin ada ilmu yang kita tidak tahu. Diri ini juga banyak kelemahan dan masih dalam proses membaiki diri. Wallahu’Alam.”



Sumber:
LAJNAH  HELWANIS PERISYA 2013
Editor:
LAJNAH PUBLISITI & PENERANGAN PERISYA 2013

7 Tips MUMTAZ

بسم الله الرحمن الرحيم




1)   Keyakinan, kepercayaan dan keimanan kepaada Allah SWT

“ Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman “
( Surah Al-Mu’minuun : 1 )

-          Iman adalah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif.


2)   Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati
“ Iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya”
(Surah Al-Mu’minuun : 2 )

-          Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran kesana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.

3)   Prioriti, Mengutamakan apa yang utama
“ dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna”
(Surah Al-Mu’minuun : 3 )

-          Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah.

4)   Prihatin sesama kita
“ dan orang-orang yang menunaikan zakat ”
(Surah Al-Mu’minuun : 4)

-          Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, sama ada ilmu dan lain-lain. Sharing is Caring.

5)   Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan
(Surah Al-Mu’minuun : 5,6,7)
-          Janganlah kita menggunakan alasan untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi. Allah SWT akan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.


6)   Jujur, amanah
“ dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janji-janjinya”
(Surah Al-Mu’minuun : 8)

-          Kita telah berjanji dengan ibu bapa dan pihak penaja untuk belajar bersungguh-sungguh. Lebih penting lagi, kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan medan ini untuk mengutip ilmu, pengalaman dan pahala untuk bekalan di akhirat.

7)   Tepati masa
“ dan orang-orang yang memelihara solatnya”
(Surah Al-Mu’minuun : 9)

-          Sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Memelihara solat lima waktu sehari semalam juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatah arang di pertengahan jalan.

Wallahu A'alam


Sumber:
LAJNAH  AKADEMIK PERISYA 2013
Editor:
LAJNAH PUBLISITI & PENERANGAN PERISYA 2013

Kalimah Syahadah : Landasan Perubahan


بسم الله الرحمن الرحيم

عن ابن عمر أن رسول الله (ص) قال : اللهم أعز الإسلام
بأحب هذين الرجلين إليك بأبي جهل أو بعمر بن الخطاب،
قال : وكان أحبهما إليه عمر
(الترمذي)

Menurut Ibn Umar r.a, Rasulullah SAW pernah berdoa,
“ Wahai Allah, berilah kekuatan kepada Islam dengan (pengislaman) seorang yang paling Engkau kasihi antara dua orang lelaki ini, sama ada Abu Jahal atau Umar Al-Khattab.” Baginda berkata, “Yang paling dikasihi oleh Allah antara keduanya ialah Umar.”

            Siapa yang tidak kenal Saidina Umar Al-Khattab? Beliau merupakan salah seorang sahabat yang pernah melukis sejarah Islam dengan dakwat emas. Sejarah yang hitam telah berubah menjadi sejarah yang putih. Kalimah syahadah telah mengubah perjalanan hidup beliau. Setelah bersyahadah di depan Rsulullah SAW, Saidina Umar Al-Khattab telah berhijrah daripada cara hidup jahiliah.

            Di zaman JAHILIAH, beliau :

* Merupakan musuh ketat yang paling hebat menentang Islam, namun setelah mengucap kalimah syahadah, beliau berubah menjadi pembela Islam hingga ke akhir hayatnya.

* Begitu membenci Rasulullah SAW sehingga pernah berhasrat untuk membunuh baginda, namun setelah mengucap kalimah syahadah, beliau mencintai Rasulullah SAW sehinggakan beliau tidak dapat menerima hakikat kewafatan Rasulullah SAW.

* Membenci suara orang yang membaca al-Quran, namun setelah mengucap kalimah syahadah, beliau merupakan orang yang pertama memikirkan pengumpulan dan penulisan al-Quran di dalam satu mashaf.

* Pernah membunuh anak perempuannya dan selalu mabuk, namun setelah mengucapkan kalimah syahadah, beliau berubah menjadi seorang yang berperibadi mulia yang digelar sebagai al-Faruq (seorang yang mampu membezakan antara yang benar dan salah) & Abu Hafs (bapa singa) kerana sifatnya yang gagah berani.

- Sejurus selepas mengucap syahadah, keberanian menentang Islam telah bertukar menjadi keberanian membela Islam.



Ucapan Kalimah Syahadah

            Ucapan kalimah syahadah telah mengubah watak seorang penentang Islam kepada watak seorang pejuang Islam. Ajaib sungguh kalimah syahadah! Ia boleh menyebabkan perubahan yang besar. Apakah yang terkandung di dalam kalimah tersebut? Kalimah syahadah hanya terdiri daripada beberapa perkataan sahaja. Kita tidak mengambil masa yang panjang untuk mengucapkannya. Tidak sampai satu minit, kita sudah selesai mengucapkannya. Bolehkah ucapan yang begitu ringkas menyebabkan perubahan yang begitu besar pada diri Saidina Umar? Bolehkah ucapan yang kelihatan remeh membawa perubahan yang begitu besar dan ketara bagaikan peralihan malam dan siang?

            Dalam pandangan Islam, kalimah syahadah bukanlah sekadar ucapan kosong tanpa roh, tanpa isi dan tanpa pengertian. Sayyid Abu Al-A’la Al Maududi di dalam bukunya yang berjudul The Fundamentals of Islam dan Let Us Be Muslims telah menjelaskan pengertian kalimah syahadah secara terperinci. Beliau menegaskan  bahawa bagi Islam, yang utama adalah makna kalimah syahadah itu sendiri. Kalimah ini dianggap tidak memberi apa-apa kesan langsung jika pengertiannya tidak bersemadi dalam hati kita dan ia tidak dapat membawa perubahan pada pemikiran, akhlak dan tindakan-tindakan kita.

*Sebagai contoh: Ketika kita sedang menderita kesejukan. Bolehkah kesejukan itu hilang dengan hanya berkata, 
“Baju sejuk, baju sejuk.” Biar berjuta kali pun kita sebut perkataan tadi, kesejukan tetap tidak akan hilang. Kesejukan tadi hanya akan hilang jika kita berusaha menyediakan sehelai baju sejuk dan memakainya.

Syahadah,
Sungguh besar pengertiannya,
Sungguh Agung pemahamannya,
Merubah kafir kepada Muslim,
Merubah kekotoran kepada kesucian,
Merubah kebencian kepada kasih sayang,
Merubah azab siksa kepada nikmat syurga.
Betapa besarnya pengertiannya,
Betapa pentingnya janji yang dilafazkan di hadapan Allah SWT,
Bagi orang-orang yang benar-benar memahaminya..
Amat rugi bagi sesiapa yang mengingkarinya...
~Laa ilaha illallah Muhammadur Rasulullah~

Allah SWT telah berfirman dalam surah an-Nur ayat 51 yang bermaksud: “Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata, “Kami dengar dan kami taat dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan”.



Sumber:
LAJNAH  DAKWAH & MODAL INSAN PERISYA 2013
Editor:
LAJNAH PUBLISITI & PENERANGAN PERISYA 2013

Kepimpinan PERISYA 2013

Assalamualaikum. Alhamdulillah, telah selesai sudah penyerahan fail kepada Kepimpinan Baru PERISYA sesi 2013. Begitu juga dengan bi'ah Kepimpinan Baru PERISYA yang disaksikan hampir 200 orang ahli pada Program Annual Grant Meeting, 19 Disember 2012 yang lalu. Program ini juga berjalan dengan lancar dan mendapat sokongan daripada ahli-ahli bagi memeriahkan dan memberikan beberapa cadangan yang sangat kami perlukan. Terima kasih kami ucapkan. Semoga Allah memberkati dan merahmati kalian.

Kepimpinan Baru PERISYA Sesi 2012 ini diharapkan akan memberi pembaharuan dan kejayaan kepada diri semua ahli khusunya dan umumnya kepada warga UniSZA. Tidak lupa diucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada kesemua MANTAN-MANTAN Pimpinan PERISYA 2012 atas kejayaan dan kepimpinan mereka yang terdahulu. Semoga dapat memberi tunjuk ajar dan mendoakankan kami untuk menjadi manusia yang berguna pada masa akan datang..Amiiin..

Berikut kami postkan gambar Pimpinan PERISYA 2013. Alhamdulillah. Lengkaplah sudah semua Majlis Tertinggi dan Exco2 PERISYA..



Manifesto YDP Perisya


TERIMA KASIH KALIAN..

~Semoga Maju Jaya Diucapkan kepada Mereka-mereka Yang Terpilih ini~


Older Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)
  • 163,750Subscribers
  • 584,633Followers
get this [close]

Taqwim Hijri


Popular Posts

    Raptai Istiadat Konvokesyen Kali Ke-4 Raptai Istiadat Konvokesyen Kali Ke-4
    Tabarruj Dosa Yang Dianggap Biasa Tabarruj Dosa Yang Dianggap Biasa
    Kepimpinan PERISYA 2013 Kepimpinan PERISYA 2013
  • Home
  • Organisasi
  • Mantan Perisya 2011
  • Mantan Pimpinan Perisya 2012
  • Syariah Talk
  • Pelamin Anganku Musnah
pages bg right

Ahli Kami

Perisya UniSZA. Powered by Blogger.

About

Kelab mahasiswa Syariah & Pentadbiran Islam atau lebih dikenali sebagai Kelab PERISYA merupakan sebuah kelab yang merangkumi majoriti mahasiswa Pengajian Islam UniSZA.


Copyright © 2012 .:: PERISYA UniSZA ::..
Blogger Template by Clairvo